AGENDA

Ubat, lampin pakai buang dan susu bayi boleh dibawa ke PKRC Serdang

16 Jul 2021, 10:42 AM
Ubat, lampin pakai buang dan susu bayi boleh dibawa ke PKRC Serdang

SHAH ALAM, 16 JULAI: Waris hanya dibenarkan menghantar tiga jenis barang kepada pesakit di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Serdang 2.0.

Barang tersebut meliputi ubat-ubatan untuk penyakit kronik, lampin pakai buang bayi dan dewasa serta susu bayi, kata pengarahnya.

Dr Shahabuddin Ibrahim memaklumkan keputusan dibuat melalui mesyuarat penyelarasan pengaktifan Maeps 2.0 Bilangan 59/2021 hari ini.

"Pesakit yang dirujuk ke PKRC Serdang perlu membawa kelengkapan sebelum ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Pusat Penilaian Covid-19 (CAC).

"Senarai barang keperluan yang perlu dibawa antaranya pakaian selesa untuk minimum 10 hari, tuala dan kelengkapan mandian," katanya dalam kenyataan.

Beliau menjelaskan individu terbabit perlu menjaga semua barang yang dibawa dan pihaknya tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang kehilangan.

Penghantaran barang dibenarkan boleh dibuat dengan mengisi borang menerusi pautan https://docs.google.com/forms/u/1/d/e/1FAIpQLSdYlP8jKUt8iX8Rd19kNQYYsacw1BZk0OuLAVeELt4VOLljAQ/viewform?usp=sf_link.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619