AGENDA

Zakat Selangor peruntuk RM2.5 juta, bantu golongan kibar bendera putih

7 Jul 2021, 11:14 AM
Zakat Selangor peruntuk RM2.5 juta, bantu golongan kibar bendera putih

SHAH ALAM, 7 JULAI: Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan sejumlah RM2.5 juta untuk membantu golongan mengibar bendera putih yang mengalami kepayahan hidup akibat perebakan Covid-19.

Ketua pegawai eksekutifnya, Saipolyazan M Yusop berkata usaha membantu golongan itu akan digerakkan ke setiap daerah dengan kerjasama polis, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk setempat.

"LZS memerlukan kerjasama semua pihak kerana kita ada kekangan kakitangan, tidak mungkin kita dapat bergerak ke serata daerah dengan cepat, sebab itu pentingnya kerjasama dengan mereka yang menetap di daerah tersebut.

"Segera hubungi LZS jika ada maklumat keluarga atau individu yang terkesan akibat keadaan ketika ini, Insya-Allah kita bantu," katanya menerusi temu bual secara maya bersama Media Selangor.

Pada 2 Julai, LZS mengumumkan agihan zakat sebanyak RM69.3 juta menerusi 19 inisiatif bagi membantu golongan terkesan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Inisiatif itu dijangka memberi manfaat kepada 59,322 penerima dan 431 institusi yang akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga Disember tahun ini.

Empat agenda bersasar dilaksanakan untuk memenuhi keperluan asnaf, fakir, miskin dan mualaf, meringankan beban golongan rentan, menyokong pemulihan institusi agama di Selangor serta menyokong keperluan asas barisan hadapan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619