AGENDA

Peranti guna air liur kesan Covid-19 capai sensitiviti 90 peratus

7 Jul 2021, 5:33 AM
Peranti guna air liur kesan Covid-19 capai sensitiviti 90 peratus

KUALA LUMPUR, 7 JULAI: Kajian Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mendapati dua peranti ujian kendiri (ujian rapid antigen) yang menggunakan air liur bagi saringan Covid-19, mencapai tahap sensitiviti 90 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham berkata kajian yang dijalankan IMR telah selesai dan perincian panduan penggunaan kit ujian kendiri itu dijangka selesai pada minggu depan.

"Dua ujian kendiri air liur telah selesai dikaji oleh IMR dan kedua-dua mempunyai sensitiviti melebihi 90 peratus. MDA (Pihak Berkuasa Peranti Perubatan) sedang memperincikan panduan penggunaan dan Insya-Allah akan selesai minggu depan," katanya menerusi ciapan dalam Twitter hari ini.

Pada Mei lepas, Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat dua syarikat menawarkan kit ujian itu untuk dijual di farmasi tempatan.

Katanya, menerusi penggunaan kit ujian air liur itu, individu tidak perlu hadir ke fasiliti kesihatan untuk membuat saringan awal bagi mengesan Covid-19.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619