AGENSI

Polis Sepang bantu 14 pekerja kilang kehabisan bekalan makanan

3 Jul 2021, 4:14 PM
Polis Sepang bantu 14 pekerja kilang kehabisan bekalan makanan

SHAH ALAM, 4 JULAI: Polis Sepang mengambil pendekatan segera dengan menghulurkan bantuan bekalan makanan kepada 14 individu di Taman Bunga Raya, Sepang, malam tadi.

Menerusi perkongsian di Facebook, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang menerima panggilan daripada seorang wanita memaklumkan adiknya yang tinggal bersama 13 rakan sekerja kehabisan bekalan makanan kerana dikuarantin.

"Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof mengambil tindakan susulan dengan mengarahkan anggota supaya bantuan makanan segera dihantar ke rumah tersebut," katanya.

Susulan itu anggota dari unit kereta peronda (MPV) telah menghantar 16 bungkusan makanan kepada penghuni rumah berkenaan yang juga pekerja kilang.

Semalam, Polis Selangor memaklumkan akan membantu golongan terkesan akibat pandemik Covid-19 khususnya di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

Ketua Polis Selangor Dato’ Arjunaidi Mohamed berkata arahan dikeluarkan kepada ketua balai dan anggota untuk memberi bantuan segera.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619