AGENSI

Permohonan subsidi internet Kerajaan Selangor dibuka mulai esok

30 Jun 2021, 7:29 AM
Permohonan subsidi internet Kerajaan Selangor dibuka mulai esok

SHAH ALAM, 30 JUN: Isi rumah kategori M40 di Selangor boleh memohon subsidi internet Kerajaan Negeri mulai esok.

Permohonan Skim Internet Selangor Kategori M40 (SISM40) boleh dibuat secara dalam talian melalui https://www.sism40.com.my/.

Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) MBI berkata golongan berkenaan boleh menikmati subsidi antara RM10 hingga RM30 sebulan selama setahun dengan melanggan satu daripada lapan pakej ditawarkan di bawah pakej keluarga, pakej bujang dan pakej asas.

"Kerajaan Negeri bekerjasama dengan semua 56 pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam usaha memastikan seramai mungkin mereka yang layak mendapat manfaat skim ini," kata MBI menerusi kenyataan hari ini.

Menerusi Pakej Kita Selangor 2.0, Dato' Menteri Besar mengumumkan SISM40 membabitkan kerjasama MBI dan Telekom Malaysia (TM) selepas menyedari kesulitan dihadapi rakyat negeri ini dalam mendepani cabaran Covid-19.

Dato' Seri Amirudin Shari turut mengumumkan program Data Internet Selangor memanfaatkan 70,000 golongan sasar termasuk penjaja kecil, pelajar, ibu tunggal, pemandu teksi, warga emas dan pekerja ekonomi sampingan.

Maklumat lanjut berkenaan syarat kelayakan boleh hubungi 03-50304595/4596 (Isnin-Jumaat dari 9 pagi hingga 5 petang) kecuali cuti umum.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619