AGENDA

Ketua pembangkang Selangor akui dana tambahan langkaui perbezaan politik

26 Jun 2021, 8:00 AM
Ketua pembangkang Selangor akui dana tambahan langkaui perbezaan politik

SHAH ALAM, 26 JUN: Lebih ramai golongan terjejas dapat dibantu menerusi peruntukan tambahan RM50,000 kepada wakil rakyat termasuk pembangkang di negeri ini.

Ketua pembangkang juga menganggap pengumuman Dato' Menteri Besar Dato' Amirudin Shari dalam Pakej Kita Selangor 2.0 membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap rakyat melangkaui politik kepartian.

"Diharapkan kerjasama ini diteruskan pada masa depan dan bukti Kerajaan Selangor boleh bekerjasama tanpa mengira fahaman politik demi kebaikan rakyat dalam mendepani wabak," katanya Datuk Rizam Ismail.

Selain itu, beliau juga mencadangkan Kerajaan Negeri menyediakan saluran TV Pendidikan bagi membantu pelajar kendalian Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang mengikuti pembelajaran di rumah.

"Sebaik-baiknya Kerajaan Negeri buat juga TV Pendidikan untuk anak-anak Selangor di sekolah bawah Jais supaya mereka boleh menontonnya di rumah," katanya yang juga Ahli Dewan Negeri Sungai Tawar.

Beliau turut mencadangkan pemberian bantuan sekali bayar RM1,000 kepada golongan terjejas antaranya mereka yang hilang pekerjaan dan penghidap penyakit kronik.

Menerusi Pakej Kita Selangor 2.0 yang dibentang Amirudin pada 9 Jun lalu, peruntukan program Mesra Rakyat kepada semua 56 wakil rakyat termasuk pembangkang ditingkat kepada RM100,000.

Kerajaan Negeri atas semangat 'Kita Selangor' juga setuju memberi peruntukan tambahan RM50,000 untuk program tersebut membabitkan jumlah keseluruhan RM3.28 juta

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619