AGENSI

Ingkar SOP: Polis kompaun 15 kilang di Shah Alam

23 Jun 2021, 6:49 AM
Ingkar SOP: Polis kompaun 15 kilang di Shah Alam

SHAH ALAM, 23 JUN: Sebanyak 15 kilang di kawasan ini dikenakan kompaun kerana gagal mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Ketua Polis Daerah Shah Alam berkata antara kesalahan yang dilakukan beroperasi tanpa surat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), melanggar syarat kapasiti pekerja serta tidak menyediakan laluan masuk dan keluar khas.

"Dalam operasi khas sejak Jumaat lalu, sebanyak 333 kilang telah diperiksa dan didapati terdapat majikan yang masih tidak patuh dengan SOP PKP.

"Selain kompaun terhadap majikan, seramai 22 pekerja turut dikenakan tindakan sama kerana tidak mengimbas kod MySejahtera dan memakai pelitup muka," kata Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, semua kompaun terhadap kedua-dua pihak dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Terdahulu polis hanya menerima surat pengesahan dari tujuh kementerian dan tiga agensi kerajaan di sekatan jalan raya (SJR) ketika pelaksanaan PKP 3.0.

Antara kementerian berkaitan ialah MITI, Kementerian Pengangkutan serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619