AGENSI

Lebih 1,000 sertai Seldec, usahawan baharu digalak mendaftar

22 Jun 2021, 8:55 AM
Lebih 1,000 sertai Seldec, usahawan baharu digalak mendaftar

SHAH ALAM, 22 JUN: Lebih 1,000 usahawan kecil dan mikro menyertai program Rantaian e-Bekalan Digital Selangor (Seldec) sejak dilancarkan setahun lalu.

Pengurus besar pembangunan perniagaannya berkata sambutan menggalakkan itu menunjukkan usaha Kerajaan Selangor membantu golongan terbabit berhasil dan pendaftaran dari individu yang baharu menceburi bidang perniagaan dialu-alukan.

"Seldec dilancarkan pada Oktober 2019 namun apabila wabak Covid-19 berlaku, kita luaskan program ini kepada rakyat terkesan.

"Dalam tempoh setahun, lebih 6,000 pembeli menggunakan platform ini untuk membeli belah," kata Mohd Fauzan Elham dalam rancangan Bual Bicara Seldec: Platform Bantu Peniaga Selangor di Facebook Media Selangor hari ini.

Beliau berkata platform e-dagang itu diberi mandat untuk bangunkan keseluruhan ekosistem termasuk pesanan, penghantaran dan bayaran.

"Peniaga hanya perlu pasarkan produk di portal dan selebihnya kami akan bantu termasuk pemasaran serta promosi," katanya.

Pada Oktober 2019, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari mengumumkan pelancaran Seldec bertujuan membantu peniaga meningkatkan pendapatan menerusi jualan secara dalam talian.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619