AGENDA

Dua pekerja Bangladesh cedera dalam runtuhan konkrit lebuh raya

19 Jun 2021, 1:55 PM
Dua pekerja Bangladesh cedera dalam runtuhan konkrit lebuh raya

SHAH ALAM, 19 JUN: Dua pekerja warga Bangladesh cedera ringan susulan insiden runtuhan konkrit lebuh raya yang sedang dalam pembinaan di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) Sungai Buloh-Kota Damansara hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan jam 7.14 malam tadi dan tiba di lokasi kejadian 13 minit kemudian.

"Mangsa masing-masing berusia 20-an dan 40-an yang bekerja di bawah tapak pembinaan setinggi 12 meter itu cedera akibat terkena serpihan batu konkrit serta kerangka besi.

"Mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh menaiki ambulans," katanya menerusi kenyataan.

Menurut Norazam, tiada mangsa lain terbabit dalam insiden berkenaan dan operasi tamat pada jam 7.34 malam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619