AGENSI

AgroSel bantu jual lambakan hasil tani, harga murah 50 peratus

14 Jun 2021, 4:04 AM
AgroSel bantu jual lambakan hasil tani, harga murah 50 peratus

SHAH ALAM, 14 JUN: Agropreneur Selangor (Agrosel) akan membantu menjual hasil lambakan pertanian di bawah program Agro Prihatin Selangor di dua premisnya dan secara dalam talian.

Pengerusinya, Mohd Bukhari Bachok berkata dua premis itu terletak di Bangi dan Pandan Indah manakala platform dalam talian pula menerusi agroshop.com.my.

"Bagi mengurangkan pergerakan orang ramai untuk mengelakkan risiko jangkitan Covid-19, AgroSel ambil inisiatif perkenalkan transaksi dalam talian.

"Seperti diumumkan sebelum ini, harga jualannya lebih murah 50 peratus berbanding harga pasaran," katanya ketika dihubungi hari ini.

Di bawah program Agro Prihatin Selangor, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) membelanjakan RM500,000 untuk membeli jagung, cili dan pisang bagi mengatasi lambakan hasil tani.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619