AGENDA

KKM: Bekas pesakit Covid-19 alami gejala lebih 12 minggu

8 Jun 2021, 10:57 AM
KKM: Bekas pesakit Covid-19 alami gejala lebih 12 minggu
KKM: Bekas pesakit Covid-19 alami gejala lebih 12 minggu

SHAH ALAM, 8 JUN: Bekas pesakit Covid-19 boleh mengalami gejala jangkitan dalam tempoh 12 minggu atau lebih panjang, kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kementerian itu dalam kenyataan menyebut gejala biasa termasuk kelesuan dan demam, namun ada yang lemah ingatan, sukar bernafas, sakit sendi, sakit kepala dan ruam.

"Simptom pasca Covid-19 bermaksud tanda dan gejala dialami pesakit semasa dan selepas jangkitan, berlanjutan sehingga 12 minggu atau lebih yang tidak boleh dijelaskan dengan diagnosis alternatif," katanya di Facebook hari ini.

KKM turut menasihatkan bekas pesakit yang ada gejala untuk segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran selain terus mengambil langkah berjaga-jaga.

Langkah perlindungan termasuk:

1. Kekal berada di rumah melainkan ada keperluan mendesak

2. Amalkan 3W (kerap cuci tangan dengan air sabun atau cecair nyahkuman, pakai pelitup muka dan penjarakan fizikal)

3. Elak bersembang dekat

4. Jangan pergi ke tempat sesak dan sempit

5. Daftar segera bagi mendapatkan vaksin Covid-19 dan hadir janji temu ikut jadual

[caption id="attachment_474688" align="aligncenter" width="500"] Poster dari Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619