AGENDA

Wakil rakyat: Segerakan laksana titah Sultan Selangor

8 Jun 2021, 8:40 AM
Wakil rakyat: Segerakan laksana titah Sultan Selangor

SHAH ALAM, 8 JUN : Kerajaan persekutuan digesa menyegerakan penyediaan vaksin tambahan kepada rakyat Selangor susulan teguran Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Wakil rakyat Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri berkata titah Sultan itu bertepatan dengan keperluan rakyat berjumlah 6.5 juta di negeri ini.

"Titah baginda perlu diberi perhatian dan tidak sepatutnya wujud pelbagai tohmahan, ketidakcekapan data dan mainan politik yang hanya merencatkan sasaran untuk mencapai imuniti kelompok.

"Dalam keadaan kes harian Covid-19 yang meruncing, adalah wajar nyawa rakyat diberi keutamaan berbanding agenda lain," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau turut menggesa Ahli Dewan Negeri (ADN) Perikatan Nasional Selangor bersama memainkan peranan mendesak kerajaan mempercepatkan proses penyediaan vaksin ini.

Hari ini, menerusi kenyataan Facebook Royal Selangor, Sultan Sharafuddin berharap agar Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJABV) mempercepat dan menambah bilangan dos vaksin untuk rakyat negeri ini.

Baginda turut mengingatkan bahawa Selangor adalah penyumbang terbesar dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia, justeru keutamaan wajar diberikan.

 

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619