AGENDA

Pusat beli-belah ditutup kecuali bahagian jual makanan

30 Mei 2021, 9:49 AM
Pusat beli-belah ditutup kecuali bahagian jual makanan

SHAH ALAM, 30 MEI: Pusat beli-belah ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kecuali bahagian makanan dan pasar raya yang menyediakan produk makanan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media khas berkata sektor perniagaan itu dibenarkan beroperasi dari jam 8 pagi sehingga 8 malam.

Perniagaan dibenar operasi ketika PKP:

1. Pusat membeli-belah ditutup kecuali premis, pasar raya, pasar raya besar dan 'departmental store' yang mempunyai seksyen makanan dan minuman, keperluan asas, kedai farmasi, penjagaan diri, kedai serbaneka, mini mart dan restoran untuk bawa pulang dan penghantaran ke rumah.

2. Pasar raya, pasar raya besar, kedai farmasi, penjagaan diri, kedai serbaneka, pasar mini dan kedai runcit serta 'departmental store' dibuka terhad kepada seksyen makanan, minuman dan keperluan asas sahaja

3. Restoran, gerai-gerai serta outlet makanan

4. Dobi (termasuk layan diri)

5. Kedai penjagaan haiwan dan makanan haiwan

6. Kedai cermin mata dan barang optik

7. Kedai hardware

8. Bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti

9. E-dagang (semua kategori produk)

10. Pemborongan dan pengedaran (semua kategori produk perkhidmatan perlu sahaja)

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619