AGENDA

SELangkah tidak tempah slot vaksin AstraZeneca

28 Mei 2021, 2:34 PM
SELangkah tidak tempah slot vaksin AstraZeneca

SHAH ALAM, 28 MEI: Pengurusan Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) tidak terlibat dalam kecelaruan tempahan vaksin AstraZeneca.

Menolak sekeras-kerasnya dakwaan Badan Bertindak Imunisasi Covid-10 Kebangsaaan (CITF) termasuk membuat tempahan tanpa kebenaran pemohon, ketua pegawai eksekutif menyifatkan tuduhan itu tidak berasas sama sekali.

Tengku Iesta Tengku Alaudin juga menegaskan mereka tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap badan itu berikutan dakwaan palsu yang menjejaskan reputasi SELangkah.

"Pihak SELangkah menegaskan bahawa kami tiada sebarang penglibatan berkenaan tempahan slot vaksin Astrazeneca seperti yang didakwa.

"Kami juga tidak pernah dihubungi oleh pihak CITF berhubung perkara ini seperti yang didakwa," katanya dalam kenyataan malam ini.

Dalam kenyataan hari ini, CITF mengenal pasti punca sebilangan individu diberi janji temu penerimaan vaksin walaupun tidak membuat tempahan.

Mereka kemudian menuduh SELangkah memberi beberapa slot vaksin tersebut dalam jumlah besar tanpa semakan pangkalan data dan persetujuan individu.

CITF juga menyebut pengurusan SELangkah telah memberi jaminan untuk bekerjasama dengan mereka bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Selasa lalu, orang ramai merungut berikutan mereka berdepan kesukaran memuktamadkan tempahan menerusi laman sesawang atau aplikasi MySejahtera untuk slot penerimaan vaksin tersebut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619