AGENSI

Cadang wujud tabung khas pendidikan bantu anak Palestin

27 Mei 2021, 11:31 AM
Cadang wujud tabung khas pendidikan bantu anak Palestin

SHAH ALAM, 27 MEI: Kerajaan dicadang mewujudkan tabung bantuan pendidikan khusus bagi membantu anak Palestin yang tercicir dalam pelajaran susulan peperangan.

Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) berkata kekurangan dana antara faktor menyebabkan golongan itu tidak menerima pendidikan sebaiknya.

"Saya hormati usaha semua pihak termasuk badan bukan kerajaan melancarkan tabung memohon derma orang ramai bagi membantu mangsa kekejaman rejim Israel.

"Namun saya masih belum dengar pungutan derma membantu anak-anak Palestin untuk dibawa ke Malaysia bagi menyambung pengajian sama ada dalam perubatan, sains...Kami di Unisel sedia menerima," kata Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman.

Beliau berkata demikian pada Forum Peduli Palestin di Facebook malam tadi yang turut disertai Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari dan EXCO Hal Ehwal Agama Islam Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Media antarabangsa melaporkan angka kematian akibat serangan udara Israel di Semenanjung Gaza yang berakhir minggu lalu mencecah 253 orang termasuk kanak-kanak dan wanita.

Pada 19 Mei, Kerajaan Negeri memperkenalkan Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin yang menyasar kutipan RM1 juta untuk membantu penduduk Palestin.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan www.pedulipalestin.com/selangor dan salurkan bantuan ke nombor akaun 8604747531 – Bendahari Negeri Selangor (CIMB ISLAMIC) dengan rujukan Palestin.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619