AGENSI

Tiada petugas kesihatan Klinik Selcare kendali saringan dijangkiti Covid-19

20 Mei 2021, 7:49 AM
Tiada petugas kesihatan Klinik Selcare kendali saringan dijangkiti Covid-19
Tiada petugas kesihatan Klinik Selcare kendali saringan dijangkiti Covid-19

GOMBAK, 20 MEI: Tiada anggota perubatan Klinik Selcare terlibat dengan Saringan Komuniti dijangkiti Covid-19 sejak program itu bermula Februari lalu.

Pegawai pemasaran dan komunikasi korporat Selgate Corporation Sdn Bhd berkata petugas kesihatan sentiasa menekankan aspek keselamatan semasa mengambil sampel ujian kit pantas antigen (RTK-Ag) orang ramai.

“Alhamdulillah, atas kesedaran tersebut setakat ini tiada petugas dijangkiti wabak dan berharap mereka terus dilindungi.

[caption id="attachment_472138" align="alignright" width="380"] Norafida Zamri bercakap kepada media selepas melakukan ujian calitan ketika Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Dewan Beringin Gombak Setia, Batu Caves pada 19 Mei 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

"Petugas memakai pakaian pelindungan diri (PPE) sepanjang proses ujian bagi mengelak sebarang risiko jangkitan,” kata Norafida Zamri pada program Saringan Komuniti percuma anjuran Kerajaan Selangor di Dewan Seri Siantan Sungai Tua di sini semalam.

Beliau berkata seramai 15 kakitangan ditempatkan di setiap lokasi saringan pada satu-satu masa untuk menjalankan skop kerja ditugaskan.

“Anggota kesihatan masing-masing berperanan untuk menyaring dan menguji setiap sampel ujian diambil di makmal bergerak di kawasan terbabit,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619