AGENDA

Pusat kuarantin Serdang cadang tempatkan 1,000 katil pesakit kategori tiga

16 Mei 2021, 6:25 AM
Pusat kuarantin Serdang cadang tempatkan 1,000 katil pesakit kategori tiga

SHAH ALAM, 16 MEI: Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) bercadang menambah kepada 1,000 katil bagi menampung pesakit wabak tersebut.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan langkah itu dibuat susulan kemasukan ramai pesakit kategori tiga iaitu bergejala dengan radang paru-paru tetapi tidak memerlukan oksigen.

"Awalnya kita hanya ada 60 katil untuk kategori tiga pada Januari lalu tetapi kini PKRC Bersepadu MAEPS menempatkan seramai 757 pesakit dan bercadang menambah kapasiti bagi menyokong sistem kesihatan di Lembah Klang.

"Justeru, pesakit kategori tiga akan ditempatkan di dewan berhampiran ICU sementara supaya pemantauan lebih rapi dapat dilaksanakan manakala pesakit kategori satu dan dua yang stabil diletakkan di Dewan DG," katanya di Facebook.

Bagaimanapun, PKRC berusaha sebaik mungkin memisahkan kategori pesakit warganegara dan bukan warganegara di dewan berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619