AGENDA

Covid-19: CAP ingatkan pengguna jangan pergi pasar setiap hari

14 Mei 2021, 9:30 AM
Covid-19: CAP ingatkan pengguna jangan pergi pasar setiap hari

GEORGE TOWN, 14 MEI: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini meminta semua pengguna Malaysia untuk berhenti pergi ke pasar setiap hari ketika negara sedang berperang dengan pandemik Covid-19.

Sebaliknya, Pegawai Pendidikan CAP N V Subbarow meminta pengguna untuk membiasakan diri dalam merancang pembelian barangan yang boleh disimpan supaya tidak perlu ke pasar atau pasar raya setiap hari.

"Pengguna harus merancang barangan kegunaan selama tiga atau empat hari berikutnya setelah dibeli. Ratusan pengguna pergi ke pasar dan pasar raya setiap hari. Insiden Covid-19 kemungkinan akan berkurang jika ini dihentikan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tinjauan CAP mendapati pengguna khususnya yang pergi ke pasar setiap hari untuk membeli sayur-sayuran dan bahan-bahan lain akan menghabiskan masa berjam-jam di pasar.

CAP ingin mengingatkan pengguna Malaysia bahawa pengguna perlu membiasakan diri untuk menghentikan budaya membeli harian ini.

Katanya, rakyat Malaysia harus berdisiplin dan kawal diri untuk bersama-sama dengan kerajaan dalam menyekat penularan wabak pandemik Covid-19.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619