AGENSI

Isu hak milik tanah penduduk Kampung Indian Settlement selesai

12 Apr 2021, 3:22 AM
Isu hak milik tanah penduduk Kampung Indian Settlement selesai

SELAYANG, 12 APRIL: Isu milikan tanah melibatkan 77 penduduk Kampung Indian Settlement, Batu Caves yang berlarutan sejak 1960-an selesai selepas semua menerima lot masing-masing.

Dato' Menteri Besar berkata kumpulan pertama iaitu 25 penduduk mendapat tanah tahun lalu di Batu Arang manakala selebihnya menerima tapak di dalam kawasan kampung terbabit tahun ini.

"Selepas ini kita jangka masalah infrastruktur jalan akan selesai menjelang Jun ini. Kita alihkan laluan kerana ketika ini jalan berhampiran sungai.

"Apabila siap, penduduk akan masuk mengikut lot masing-masing. Kedudukan sekarang bercampur aduk kerana terdapat pertambahan rumah," kata Dato' Seri Amirudin Shari selepas program Kembali Ke Sekolah dan sambutan 'Chithirai Puthandu' semalam.

Dalam majlis berkenaan, beliau menyerahkan 100 bantuan persekolahan kepada pelajar serta 32 bantuan makanan kepada keluarga berpendapatan rendah bagi meringankan beban penduduk.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619