AGENDA

1,000 disasar hadir saringan percuma di Kampung Pandan, Seri Kembangan

24 Mac 2021, 8:31 AM
1,000 disasar hadir saringan percuma di Kampung Pandan, Seri Kembangan

SHAH ALAM, 24 MAC: Seramai 1,000 individu disasar menghadiri program Saringan Komuniti Covid-19 percuma anjuran Kerajaan Negeri di Seri Kembangan dan Kampung Pandan pada hujung minggu ini.

Pengurus Klinik Selcare berkata saringan diadakan di Jalan Medan Belimbing, Taman Bukit Belimbing pada Sabtu manakala Ahad di Dewan Serbaguna MPAJ, Jalan H Kampung Pandan.

"Kita menyasarkan 500 individu di setiap lokasi, orang ramai disaran memanfaatkan saringan percuma untuk mengekang perebakan Covid-19," kata Mohamad Noor Md Nasir kepada SelangorKini hari ini.

Pemilihan lokasi program saringan dibuat berdasarkan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang mampu mengenal pasti serta meramal sebaran wabak.

Orang ramai boleh mendaftar melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) dan guna fungsi saringan atau layari http://screening.selangkah.my.

Pada tahun ini sejumlah RM6 juta diperuntuk bagi meneruskan saringan secara percuma di kawasan berkepadatan tinggi serta menyasarkan golongan berpendapatan rendah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619