EXCO

Westports fasa dua beri impak positif ekonomi Selangor

19 Mac 2021, 2:00 AM
Westports fasa dua beri impak positif ekonomi Selangor

SHAH ALAM, 19 MAC: Pembesaran Terminal Westports fasa kedua bakal memberi impak positif kepada ekonomi Selangor sekali gus mampu menyediakan peluang pekerjaan, kata EXCO infrastruktur dan kemudahan awam.

Ir Izham Hashim berkata pembesaran terminal itu diperlukan bagi mengembangkan lagi sektor logistik Pelabuhan Klang.

"Ini kerana, kapasiti Westports 1 telah mencapai tahap maksimum, ia berkemungkinan akan mengganggu kelancaran aktiviti logistik di pelabuhan berkenaan.

"Sekiranya projek ini (Westports fasa 2) siap sepenuhnya, ia juga akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Selangor, malah kepada masyarakat luar dari negeri ini," katanya dalam Facebook.

Beliau berkata demikian selepas lawatan kerja ke tapak pembinaan Westports Fasa 2 pada Isnin lalu.

Izham berkata pada pertemuan itu beberapa isu dan status terkini dikemukakan sekali gus dibincangkan dalam jawatankuasa khas yang bakal ditubuhkan dalam masa terdekat.

"Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama dan menyokong semua projek infrastruktur berkaitan bagi membantu pengembangan aktiviti logistik di negeri ini," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619