AGENDA

Fama buka pasar tani baharu di Taman TTDI Jaya Rabu depan

11 Mac 2021, 2:49 AM
Fama buka pasar tani baharu di Taman TTDI Jaya Rabu depan
Fama buka pasar tani baharu di Taman TTDI Jaya Rabu depan

SHAH ALAM, 11 MAC: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Selangor membuka pasar tani baharu di Taman TTDI Jaya pada 17 Mac ini.

Pengarahnya berkata pasar yang bertempat di Jalan Saujana Indah 1, Seksyen U2 menawarkan komoditi seperti sayur-sayuran, barangan runcit, ikan, ayam, daging dan makanan.

“Lokasi strategik berhampiran Politeknik Shah Alam, Laman Glenmarie dan Seksyen U2 memudahkan orang ramai untuk mendapatkan bekalan keperluan serendah lima hingga 20 peratus daripada harga pasaran.

"Seramai 50 usahawan terbabit dalam operasi pasar tani yang dibuka setiap Rabu dari 4 petang hingga 10 malam," kata Abdul Rashid Bahri dalam kenyataan.

Beliau menjelaskan dengan pembukaan lokasi itu menjadikan jumlah keseluruhan pasar tani di negeri ini sebanyak 50 buah.

Tambahnya, pelbagai aktiviti diadakan sempena pembukaan pasar terbabit antaranya promosi produk usahawan industri asas tani, nanas Moris dari Johor dan jualan ‘happy hour’.

“Pengunjung hendaklah mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) ditetapkan antaranya pemakaian pelitup muka, penggunaan cecair pembasmi kuman, kekalkan penjarakan fizikal, imbas kod QR dan merekod suhu badan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619