AGENDA

UDA Holdings sumbang barang keperluan petugas Hospital Sungai Buloh

8 Mac 2021, 12:36 PM
UDA Holdings sumbang barang keperluan petugas Hospital Sungai Buloh

KUALA LUMPUR, 8 MAC: UDA Holdings Berhad (UDA), sebuah syarikat pembangunan hartanah dan pengurusan aset, sekali lagi terpanggil dalam menghulurkan sumbangan kepada petugas barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh susulan surat terbuka daripada doktor hospital berkenaan yang disiarkan oleh media baru-baru ini.

UDA menerusi kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya menyumbangkan barangan keperluan seperti mesin penyaman udara, penapis air, ketuhar gelombang mikro, meja, kerusi serta set sofa yang keseluruhannya bernilai RM70,000.

Surat tersebut menzahirkan kesedihan dan pengalaman mereka yang keletihan serta berada dalam ketidakselesaan serta waktu kerja yang panjang tanpa rehat yang selesa demi melawan pandemik COVID-19.

“Sumbangan UDA merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat di bawah UDA Cares - Project RE (ReAct, ReBuild, ReEnergize). Ia bagi memberi keselesaan dan meningkatkan semangat petugas barisan hadapan," menurut kenyataan itu.

Sumbangan disampaikan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UDA Mohd Salem Kailany, dalam satu majlis ringkas di sini hari ini.

Selain itu, UDA melalui anak syarikatnya AnCasa Hotel Kuala Lumpur juga telah menyediakan mesin kopi dan pakej makanan untuk petugas barisan hadapan selama 50 hari bersempena ulang tahun ke-50 UDA pada tahun ini.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619