AGENDA

Bomba: Hanya lima peratus kebakaran Hutan Simpan Kuala Langat belum padam

7 Mac 2021, 9:17 AM
Bomba: Hanya lima peratus kebakaran Hutan Simpan Kuala Langat belum padam

SHAH ALAM, 7 MAC: Tinggal lima peratus daripada lapan kompartmen kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Selatan yang terbakar belum dipadamkan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor berkata kawasan terbabit ialah kompartmen 17, manakala kompartmen 7, 12, 13, 14, 15, 16 dan 20 sudah padam sepenuhnya, lapor Harian Metro.

"Selain pemadaman secara terus melalui darat dan bantuan pengeboman air dari udara, hujan malam tadi dan pagi ini juga membantu mempercepatkan pemadaman kebakaran di kawasan itu," kata Norazam Khamis.

Beliau menambah pasukannya turut berdepan cabaran memadamkan kebakaran dari udara hari ini disebabkan cuaca tidak menentu dan angin kencang.

Khamis lalu, Norazam menjangkakan kebakaran di kawasan tanah gambut di pinggir hutan itu dapat dipadamkan sepenuhnya dalam lima hari jika tiada perebakan di kawasan baharu.

Pada 28 Februari, dilaporkan kira-kira 34 hektar kawasan Hutan Simpan kekal Kuala Langat Selatan terbakar berpunca daripada aktiviti pembakaran terbuka.

EXCO Alam Sekitar Hee Loy Sian berkata kebakaran itu meliputi 0.45 peratus daripada 7,416 hektar keseluruhan kawasan hutan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619