AGENDA

E-fail tahun taksiran 2020 bermula 1 Mac - LHDN

19 Feb 2021, 5:27 AM
E-fail tahun taksiran 2020 bermula 1 Mac - LHDN

KUALA LUMPUR, 19 FEB: Pembayar cukai boleh mengemukakan Borang Nyata Tahun Saraan 2020 dan Tahun Taksiran 2020 melalui e-Filing bagi Borang E, BE, B, M, BT,MT, TF dan TP bermula 1 Mac ini.

Menurut kenyataan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini, sistem e-Filing boleh diakses melalui portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my dan terus ke 'MyTax', seterusnya ke 'Perkhidmatan ezHasil’ dan 'e-Filing'.

Bagi pembayar cukai yang mendaftar masuk buat kali pertama, mereka perlu mendapatkan nombor PIN terlebih dahulu dengan hadir di kaunter cawangan LHDN atau secara dalam talian menerusi Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN, manakala bagi yang terlupa kata laluan, mereka boleh tetapkan semula kata laluan baharu melalui e-mel atau nombor telefon bimbit yang berdaftar dengan LHDN.

Bagi yang menghadapi masalah, mereka boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 (untuk yang berada dalam negara) dan 603-8911 1100 (di luar negara) atau mengunjungi kaunter perkhidmatan LHDN yang berdekatan.

LHDN menjangkakan hampir 530,000 borang E Tahun Saraan 2020 akan diterima daripada majikan berdaftar, manakala sekitar 3.27 juta borang BE, B, BT, M dan MT, diterima daripada individu yang mempunyai rekod Potongan Cukai Bulanan (PCB) dan Ansuran CP500 bagi 2020.

Maklumat lanjut mengenai Program Memfail Borang Nyata bagi 2021 boleh didapati di http://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2021_1.pdf.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619