AGENSI

Peniaga miliki lesen PBT layak mohon pinjaman asas NaDI

10 Feb 2021, 4:09 AM
Peniaga miliki lesen PBT layak mohon pinjaman asas NaDI

SHAH ALAM, 10 FEB: Individu mempunyai lesen perniagaan dari pihak berkuasa tempatan (PBT) layak memohon Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI) bagi membantu ekonomi ketika pandemik Covid-19.

Dato' Menteri Besar berkata skim terbabit tidak menghadkan sebarang jenis perniagaan namun wajib mempunyai permit sah selain pemohon berusia antara antara 18 hingga 60 tahun dan bermastautin di negeri ini.

"Langkah ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri membantu rakyat. Mereka yang mahu memohon boleh layari http://www.hijrahselangor.com atau pergi ke cawangan Hijrah (Yayasan Hijrah Selangor) berhampiran," kata Dato' Seri Amirudin Shari ketika melancarkan NaDI dan Skim Pembiayaan Go Digital menerusi Facebook hari ini.

Menurutnya, program skim bertujuan membantu mereka yang berhasrat atau baru memulakan perniagaan dengan tawaran pembiayaan antara RM1,000 hingga RM5,000.

Menerusi Belanjawan Selangor 2021, Amirudin mengumumkan NaDI dengan jumlah peruntukan awalan RM10 juta yang bakal membantu peniaga mendapatkan pelan pinjaman minimum RM1,000.

Kerajaan Negeri menyasarkan 3,000 penerima melaluinya untuk terus berniaga dengan lesen penjaja sementara daripada PBT seluruh negeri ini.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619