ADN

ADN Bukit Melawati angkat sumpah setiausaha politik MB hari ini

10 Feb 2021, 2:51 AM
ADN Bukit Melawati angkat sumpah setiausaha politik MB hari ini

SHAH ALAM, 10 FEB: Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Melawati akan mengangkat sumpah hari ini sebagai setiausaha politik Dato' Menteri Besar yang baharu.

Juwairiya Zulkifli yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat Wanita KEADILAN itu berkata beliau menerima surat pelantikan pada Isnin dan akan mula bertugas hari ini.

"Terima kasih kepada Dato' Seri Amirudin Shari atas kepercayaan kepada saya yang juga mewakili kaum wanita untuk menggalas tanggungjawab berat ini.

"Walaupun ia cabaran baharu, namun tekad saya adalah untuk memperkukuhkan pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Dato' Menteri Besar seterusnya memperkukuhkan pentadbiran Pakatan Harapan di Selangor," katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Sebelum ini, jawatan itu dipegang ADN Tanjung Sepat, Borhan Aman Shah yang melepaskannya apabila dilantik sebagai EXCO pembangunan luar bandar dan kampung tradisi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619