AGENDA

MMU anjur karnival kerjaya secara maya, penuhi pasaran semasa

9 Feb 2021, 2:00 AM
MMU anjur karnival kerjaya secara maya, penuhi pasaran semasa

(ADVERTORIAL)

SHAH ALAM, 8 FEB: Universiti Multimedia (MMU) menganjurkan karnival kerjaya secara dalam talian yang mendedahkan pelajar kepada permintaan pasaran semasa.

Pusat pengajian tersebut dalam kenyataan memaklumkan MMU Virtual Career Fair '21 menjadi landasan bagi membina rangkaian dan merekrut pelajar cemerlang.

Berlangsung pada 11 hingga 29 Januari lalu, program terbesar itu menghimpunkan lebih 30 syarikat terkemuka seperti Western Digital, Foodpanda, Top Glove dan OCBC Bank.

"Peserta berpeluang menghadiri pelbagai sesi perkongsian oleh syarikat platinum dan emas serta rakan strategik berhubung topik intelektual yang menarik perhatian pencari kerja," kata universiti itu.

Jelas MMU, semua syarikat yang mengambil bahagian memaparkan profil melalui ConnectNOW dan pelajar yang berminat memohon menggunakan aplikasi berkenaan.

Menurut universiti itu, seramai 948 peserta mendaftar sepanjang dua minggu program berlangsung dengan lebih 85 peratus berjaya memaparkan butiran diri lengkap.

Bertemakan ‘Your Future Starts Here', program disempurnakan penasihat karnival Baktiar Hasnan dan turut menawarkan e-baucar kepada 200 peserta terawal.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619