AGENDA

Lebih 1,700 Tabika Perpaduan laksana pembelajaran dalam talian

21 Jan 2021, 12:28 PM
Lebih 1,700 Tabika Perpaduan laksana pembelajaran dalam talian

PUTRAJAYA, 21 JAN: Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dilaksanakan di 1,781 Tabika Perpaduan (TP) melibatkan 35,984 pelajar berikutan arahan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) untuk menangguhkan operasi pembukaan bersemuka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata PdPR dilaksanakan dengan lancar di seluruh TP melalui kaedah dalam talian atau luar talian.

Daripada 1,781 TP, sebanyak 1,067 tabika atau 60 peratus menggunakan PdPR secara luar talian iaitu bahan pengajaran dihantar melalui Google Classroom, WhatsApp, Telegram, e-mel dan platform yang sesuai.

Manakala sebanyak 658 tabika atau 37 peratus TP mengikuti pembelajaran secara dalam talian iaitu secara langsung menerusi aplikasi Zoom, Google Meet, Webex dan seumpamanya, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Halimah berkata hanya tiga peratus yang mewakili 56 buah tabika mengikuti pembelajaran secara pendekatan luar talian iaitu murid diberi tugasan berkaitan dengan lebih awal secara manual.

Beliau berkata kaedah secara luar talian digunakan apabila terdapat kekangan capaian internet dan ketidakhadiran ibu bapa bersama semasa sesi pembelajaran berlangsung.

"Inisiatif dan kreativiti tenaga pengajar kelas TP dalam pelaksanaan PdPR ini akan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa melalui latihan dan sokongan peralatan bagi memanfaatkan kemajuan teknologi dan memastikan pembelajaran murid berjalan lancar," katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619