AGENSI

MB: Kempen 11.11 jualan mega catat kesan jualan memberangsang, lebih RM1 bilion

18 Jan 2021, 9:22 AM
MB: Kempen 11.11 jualan mega catat kesan jualan memberangsang, lebih RM1 bilion

SHAH ALAM, 18 JAN: Kempen e-Bazar Selangor 11.11 Jualan Mega yang berlangsung sepanjang sebulan setengah mencatat kesan jualan berjumlah RM1.04 bilion kepada ekonomi negeri.

Dato' Menteri Besar berkata jumlah berkenaan termasuk RM32.06 juta diraih melalui jualan terus sepanjang 26 Oktober hingga 15 Disember tahun lalu.

"Berbanding kempen e-Bazar Raya pada Mei hingga Julai tahun sama, ia mencatatkan peningkatan 274 peratus bagi jualan terus manakala 307 peratus bagi kesan jualan.

"Keseluruhannya, seramai 73,791 peniaga terlibat termasuk 26,744 perusahan kecil dan sederhana (PKS) baharu, iaitu 267 peratus lebih dari sasaran awal berjumlah 10,000. Peratusan ini membuktikan kempen ini memberi manfaat kepada peniaga," kata Dato' Seri Amirudin Shari pada sidang media dalam talian mengumumkan kejayaan kempen berkenaan hari ini.

Menurutnya, dua kempen e-bazar dianjurkan Kerajaan Selangor pada tahun lalu dengan peruntukan baucar bernilai RM3 juta berjaya menghasilkan kesan jualan RM1.39 bilion serta RM43.74 juta jualan terus.

Katanya, tindakan melaksanakan pendigitalan perniagaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nyata berkesan dan memberi pulangan lumayan.

"Kita mahu menghasilkan ekosistem simbiotik untuk semua rakyat Selangor. Berdasarkan prinsip ‘tiada sesiapa yang akan ditinggalkan’, pendigitalan tidak terhad kepada kelas pertengahan dan atasan sahaja sebaliknya semua rakyat.

"Kita harap usaha tersebut dipergiatkan lagi bagi memastikan tiada yang ketinggalan dalam arus pertumbuhan ekonomi digital," katanya.

Kempen e-Bazar Selangor 11.11 Jualan Mega dengan peruntukan RM2 juta merupakan program beli-belah dalam talian anjuran Kerajaan Selangor dengan kerjasama Shopee dan Lazada bagi membantu peniaga berdepan krisis ekonomi berikutan penularan Covid-19.

e-Bazar Raya Selangor bersama Shopee tahun lalu mencatat pulangan RM341.5 juta, melebihi sasaran awal RM8 juta.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619