AGENSI

Paip putus: Bekalan air 43 kawasan di Petaling pulih sepenuhnya

1 Jan 2021, 1:28 PM
Paip putus: Bekalan air 43 kawasan di Petaling pulih sepenuhnya

SHAH ALAM, 1 JAN: Semua 43 kawasan di wilayah Petaling yang mengalami gangguan bekalan air akibat insiden paip putus di Damansara Utama pada Selasa, pulih sepenuhnya.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata kawasan itu menerima bekalan sepenuhnya jam 5.15 petang tadi, sementara wilayah Kuala Lumpur pada jam 9 pagi tadi.

"Pengguna yang menerima bekalan air dinasihatkan membiarkan air dari pili mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.

"Terima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama yang diberi sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini," kata agensi dalam kenyataan hari ini.

Pada 29 Disember, sebanyak 43 kawasan di wilayah Petaling mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan insiden paip putus akibat tanah runtuh di Damansara Utama.

Air Selangor juga memohon kerjasama orang ramai melaporkan kejadian paip bocor atau pecah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi memastikan pembaikan dilakukan segera.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619