AGENSI

LZS santuni penduduk Medan 88 terjejas PKPD

31 Dis 2020, 4:11 AM
LZS santuni penduduk Medan 88 terjejas PKPD

SHAH ALAM, 31 DIS: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyantuni penghuni Pangsapuri Medan 88 di Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) yang terkesan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Agensi berkata pihaknya menyalurkan bantuan keperluan asasi daripada pelbagai agensi kepada penduduk yang terputus bekalan akibat pergerakan yang terhad dan yang terjejas pendapatan sepanjang tempoh itu.

"Berdasarkan pemerhatian dan siasatan dijalankan, didapati 37 penghuni disyorkan bantuan kecemasan dan tunggakan sewa bilik atau rumah, selain bantuan barangan asas secara berkala melalui pelbagai agensi berkaitan.

"Membuka peluang pekerjaan dari agensi atau syarikat berkaitan dan membuat syor agar mereka dimasukkan ke dalam skim Bantuan Alternatif Insan Terkesan (Bait)," katanya menerusi Facebook.

LZS menambah penyampaian bantuan dibuat dengan mengambil kira tatacara operasi piawai (SOP) yang ditetapkan dengan memakai peralatan pelindung peribadi (PPE).

PKPD di Medan 88 berkuat kuasa 11 hingga 25 November melibatkan 88 unit rumah kedai, 284 premis dan 800 orang penduduk.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619