AGENDA

KPDNHEP agensi utama siasat isu kartel daging - Hamid Bador

30 Dis 2020, 12:01 PM
KPDNHEP agensi utama siasat isu kartel daging - Hamid Bador

KUALA LUMPUR, 30 DIS: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menjadi agensi utama dalam menyiasat isu kartel daging haram, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula akan membantu KPDNHEP sekiranya terdapat mana-mana sudut yang membolehkan untuk dilakukan siasatan.

"PDRM pula menyiasat (dan) membuka kertas siasatan dari sudut dari mana perbuatan ini (dilakukan).. perbuatan ini telah menimbulkan keresahan, ketakutan dan kebimbangan rakyat.

“Kita akan buka kertas siasatan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan (kerana menyebabkan ketakutan dan kegentaran kepada awam)," katanya kepada Bernama selepas menerima penganugerahan Bintang Bhayangkara Utama di ibu pejabat polis Bukit Aman di sini hari ini.

Semalam, Bernama melaporkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata polis percaya kegiatan kartel daging import yang menggunakan label halal palsu itu melibatkan rangkaian luas serta didalangi sindiket dalam dan luar negara.

Setakat ini, polis menerima 13 laporan daripada orang awam di seluruh negara yang gusar dengan kemunculan isu berkenaan, selepas media melaporkan mengenai kegiatan kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari beberapa negara sebelum membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo halal di sebuah gudang di Senai, Johor.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619