AGENDA

Isu kartel daging, kerajaan perlu perkemas sistem pengawasan - Mapim

28 Dis 2020, 2:38 AM
Isu kartel daging, kerajaan perlu perkemas sistem pengawasan - Mapim

SHAH ALAM, 28 DIS: Kerajaan digesa memperkemaskan sistem pengawasan import eksport komoditi makanan dari negara luar bagi mengelak berlaku kebocoran atau penyelewengan.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) berkata perkara itu bagi memastikan insiden kartel daging import sejuk beku bertanda halal palsu baru-baru ini tidak lagi berulang.

"Semua penguat kuasa perlu melakukan operasi bersepadu terutama di pintu masuk dalam negara sama ada di pelabuhan, kargo lapangan terbang atau sempadan darat," kata Mohd Azmi Abdul Hamid dalam kenyataan.

Beliau yang juga pengerusi Majlis Penasihat Pengguna Negara berkata pihaknya tidak bersetuju dengan tindakan segelintir pihak yang menuding jari kepada sesebuah agensi tanpa siasatan menyeluruh.

"Perlu ada usaha bersungguh untuk menilai sejauh mana sistem penguatkuasaan sedia ada benar-benar dapat mengawal kemasukan barangan luar dalam kuantiti besar supaya tidak melanggar undang-undang negara," katanya.

Media sebelum ini melaporkan kegiatan kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkusnya semula dengan menggunakan logo halal di sebuah gudang di Senai, Johor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619