AGENDA

Kementerian Sumber Manusia sahkan kakitangan positif Covid-19

18 Dis 2020, 2:19 PM
Kementerian Sumber Manusia sahkan kakitangan positif Covid-19

PUTRAJAYA, 18 DIS: Kementerian Sumber Manusia (KSM) hari ini mengesahkan terdapat kakitangannya yang disahkan positif Covid-19, baru-baru ini.

KSM dalam kenyataan hari ini berkata susulan itu, proses sanitasi dan disinfeksi telah dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat di ruang pejabat Blok D3 dan D4 bangunan KSM, di sini semalam.

"Sebagai langkah tambahan, proses saringan Covid-19 juga telah dilaksanakan terhadap pegawai-pegawai KSM yang dikategorikan sebagai kontak rapat pada 18 Disember 2020 (hari ini)," katanya.

Menurut kenyataan itu, KSM akan terus memantau perkembangan terkini Covid-19 dan memperketatkan langkah-langkah pencegahan melalui kerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk memastikan penularan wabak itu dapat dibendung.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619