AGENDA

MB: Selangor rekod pelawat domestik tertinggi tahun lepas

17 Dis 2020, 3:06 PM
MB: Selangor rekod pelawat domestik tertinggi tahun lepas

SHAH ALAM, 17 DIS: Selangor merekodkan jumlah kedatangan pelawat domestik paling tinggi di Malaysia iaitu 33.6 juta orang pada tahun lepas, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata Laporan Kaji Selidik Pelancongan Domestik 2019 menunjukkan negeri ini mengatasi Kuala Lumpur (22.6 juta pelawat), Sabah (22 juta), Perak (21.1 juta) dan Sarawak (19.8 juta).

"Statistik ini menunjukkan Selangor memiliki pelbagai tempat unik dan menarik untuk dikunjungi, jadi Kerajaan Negeri yakin mampu melonjakkan kembali sektor pelancongan yang terjejas akibat Covid-19.

"Sektor pelancongan menjadi antara penjana ekonomi utama Selangor yang membawa limpahan ekonomi kepada penduduk setempat," katanya pada Majlis Pelancaran Promosi Pelancongan Domestik 'Pusing Selangor Dulu' di Bilik Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor hari ini.

Tourism Selangor melancarkan kempen berkenaan untuk menggalak rakyat melancong ke negeri ini. Malah Kerajaan Negeri mewujudkan Program Penebusan Subsidi Baucar Pelancongan bernilai RM200 setiap satu bermula 8 hingga 31 Januari tahun depan.

Menerusi inisiatif tersebut sebanyak 7,000 baucar boleh ditebus untuk hotel, inap desa berlesen serta taman tema di negeri ini menerusi platform e-dompet Touch 'n Go dan Lazada.

Sebanyak 3,000 baucar pelancongan juga bakal diagihkan kepada petugas barisan hadapan di Selangor pada awal tahun depan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619