AGENDA

Perkeso tutup ibu pejabat hingga Jumaat untuk nyahkuman

16 Dis 2020, 7:10 AM
Perkeso tutup ibu pejabat hingga Jumaat untuk nyahkuman

KUALA LUMPUR, 16 DIS: Ibu Pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) serta semua pejabat dan premis perniagaan di Menara Perkeso, Jalan Ampang ditutup bermula Isnin (14 Disember) hingga Jumaat ini bagi kerja-kerja nyahkuman dan sanitasi.

Ketua Eksekutifnya Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed memaklumkan ia berikutan seorang kakitangan yang bertugas di ibu pejabat agensi itu dijangkiti Covid-19.

"Kesihatan dan keselamatan kakitangan serta pelanggan menjadi keutamaan dan Perkeso akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi mengekang penularan pandemik itu bagi menjamin keselamatan pelanggan terjamin," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes ditangani dengan mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan dan orang ramai yang mempunyai pertanyaan lanjut boleh e-mel ke perkeso@perkeso.gov.my atau menghubungi pusat khidmat pelanggan Perkeso di talian 1300-22-8000.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619