AGENDA

Putrajaya cadang naik denda, penjara kesalahan cemar air

14 Dis 2020, 2:55 AM
Putrajaya cadang naik denda, penjara kesalahan cemar air

SHAH ALAM, 14 DIS: Kementerian Alam Sekitar dan Air (Kasa) bercadang meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling (Akta 127) dan Akta Industri Perkhidmatan Air (Akta 655) bagi menangani pencemaran air.

Ketua Setiausahanya Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang berkata langkah itu bagi meningkatkan hukuman sedia ada menjadi lebih tinggi, lapor Berita Harian .

"Perkara ini termasuk meningkatkan jumlah penalti dan denda, tempoh penjara dan mengenakan penjara mandatori untuk beberapa kesalahan berkaitan, terutama membabitkan pencemaran air bagi memberikan impak lebih tinggi kepada penjenayah alam sekitar," katanya.

Beliau menambah, kerajaan juga menubuhkan Green Court iaitu Mahkamah Sesyen Khusus pada 2012 untuk menimbang kes berkaitan alam sekitar.

"Ia adalah kemudahan yang sudah disediakan pihak mahkamah dengan memberi keutamaan kepada kes alam sekitar supaya dapat diselesaikan segera," katanya.

Dewan Negeri Selangor pada 9 November meluluskan pindaan Enakmen Lembaga Air Urus Selangor (LUAS) yang mengenakan hukuman lebih berat termasuk penjara mandatori dan denda maksimum RM1 juta kepada pesalah pencemar sumber air.

Pada 8 Disember lalu, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj perkenan pindaan enakmen tersebut dan ia akan dikuatkuasakan serta-merta.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619