BERITA UTAMA

DYMM Sultan Sharafuddin ziarah makam bonda

11 Dis 2020, 4:09 PM
DYMM Sultan Sharafuddin ziarah makam bonda
DYMM Sultan Sharafuddin ziarah makam bonda

SHAH ALAM, 11 DIS: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat menziarahi makam bonda baginda menjelang Hari Keputeraan ke-75.

Menurut Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin menziarahi makam Almarhumah Raja Saidatul Ihsan Almarhum Raja Bendahara Tengku Badar Shah yang mangkat pada 31 Mei 2011 di Makam Diraja Shah Alam semalam.

Turut mengiringi baginda ialah Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah serta adinda baginda Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah Alhaj dan Tengku Panglima Besar Selangor Tengku Abdul Samad Shah Alhaj.

Setiap tahun menjadi kelaziman Sultan Sharafuddin menziarahi makam berkenaan menjelang Hari keputeraan baginda.

[caption id="attachment_453047" align="alignnone" width="773"] Makam Almarhumah Raja Saidatul Ihsan Almarhum Raja Bendahara Tengku Badar Shah yang mangkat pada 31 Mei 2011 di Makam Diraja Shah Alam. Foto Facebook Selangor Royal Office.[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619