PBT

MBSA terima pengiktirafan sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia

3 Dis 2020, 9:07 AM
MBSA terima pengiktirafan sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia

SHAH ALAM, 3 DIS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meraih pengiktirafan menerusi empat kategori sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia 2020.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut memperoleh tempat pertama Kategori Perumahan Bertanah menerusi Komuniti Rukun Tetangga Al-Husna Seksyen 20.

"Komuniti ini juga menerima pengiktirafan Anugerah Khas Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerana melaksanakan konsep kebun kejiranan, sistem pengumpulan dan penggunaan semula air hujan, pengkomposan sisa serta amalan kitar semula.

"Selain itu mereka mencipta inovasi Sistem Penggunaan Semula Air Wudhu yang boleh dicontohi oleh komuniti lain di Malaysia," kata Shahrin Ahmad menerusi kenyataan semalam.

Beliau berkata Persatuan Penduduk Teres Seksyen 24 Setia, Shah Alam pula menduduki tempat kedua Anugerah Kejiranan Hijau bagi Kategori Perumahan Bertanah.

"Sebagai dorongan dan insentif, MBSA memberi wang berjumlah RM15,000 kepada Komuniti Rukun Tetangga Al-Husna Seksyen 20 manakala Persatuan Penduduk Rumah Teres Seksyen 24 Setia menerima RM10,000," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata bandar raya tersebut turut menerima sijil Jaringan Penunjuk Mampan Bandar Luar Bandar (MURNInets) atas komitmen diberikan.

"MURNInets yang dikendali Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) digunakan bagi mengukur tahap kemampanan sesebuah kawasan yang terletak di bawah pentadbiran PBT," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619