AGENDA

Syarikat dron terkemuka pantau pencemaran sumber air Selangor

27 Nov 2020, 12:05 AM
Syarikat dron terkemuka pantau pencemaran sumber air Selangor

SHAH ALAM, 27 NOV: Selangor menggunakan perkhidmatan syarikat dron ketiga terbesar dunia bagi memantau pencemaran sumber air mentah secara efektif.

EXCO infrastruktur dan kemudahan awam berkata kepakaran Syarikat Aerodyne akan dimanfaatkan selama dua tahun bagi meninjau lokasi yang tidak dapat diakses oleh penguat kuasa.

Ir Izham Hashim menjelaskan penggunaan alat itu penting bagi mengesan dan menjangka sumber air berisiko tercemar selain dijadikan bahan bukti di mahkamah.

"Syarikat ini bukan calang-calang, dron yang digunakan akan memantau lokasi dan boleh mengambil sampel pencemaran. Kita tidak beli peranti ini tetapi hanya menggunakan perkhidmatan dari syarikat yang sudah dikenali," katanya.

Beliau bercakap pada taklimat perancangan penyelesaian masalah bekalan air Sungai Selangor dan Sungai Semenyih akibat pencemaran di sini semalam.

Ir Izham berkata kepakaran syarikat yang diusahakan anak tempatan itu turut digunakan Amerika Syarikat bagi memantau pelabuhan.

Sejumlah RM2 juta diperuntuk bagi menggunakan empat dron berteknologi tinggi dengan dua daripadanya ditempatkan di lembangan Sungai Langat bermula November.

Dua lagi ditempatkan di lembangan Sungai Klang dan Sungai Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619