AGENDA

Kes harian turun, MB minta masyarakat terus patuh SOP

25 Nov 2020, 2:11 PM
Kes harian turun, MB minta masyarakat terus patuh SOP

SHAH ALAM, 25 NOV: Dato' Menteri Besar mengingatkan orang awam terus patuh tatacara operasi piawai (SOP) meskipun kes baharu Covid-19 negeri ini membabitkan Kluster Teratai menurun.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata bilangan kes hari ini melengkapkan keputusan saringan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) Top Glove, Klang yang berpunca dari kluster terbabit.

"Namun jaringan Kluster Teratai masih berpotensi menjangkiti kerana terdapat kes luar kawasan PKPD berkaitan kluster ini. Justeru kepatuhan SOP harus jadi keutamaan," katanya di Twitter malam ini.

Hari ini, kes harian di Selangor turun mendadak kepada tiga angka apabila 115 kes dilaporkan berbanding 1,623 kes semalam menjadikan keseluruhan 12,693 kes.

Setakat semalam, sebanyak 5,795 ujian saringan di kawasan berkenaan dilakukan dengan 2,684 kes disahkan positif.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619