AGENSI

Luas: Sampel air diambil setiap dua jam kesan cemar di sungai

24 Nov 2020, 10:43 AM
Luas: Sampel air diambil setiap dua jam kesan cemar di sungai

SHAH ALAM, 24 NOV: Lembaga Urus Air Selangor (Luas) mengambil pensampelan air setiap dua jam di kawasan lembangan dan anak sungai bagi mengesan pencemaran air atau bau.

Ketua penolong pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai dan Pantai Luas berkata proses tersebut dan pemantauan berterusan dijalankan skuad Pantas dalam Ops Statik selain rondaan bersama dengan agensi lain di kawasan berisiko berlaku insiden terbabit.

"Kita ada tujuh lembangan sungai tetapi pemantauan lebih kerap dilakukan di lembangan Sungai Selangor dan Sungai Langat kerana ia kawasan paling kritikal.

"Skuad Pantas dapat melihat secara terperinci kerana kedua-dua lembangan sungai ini mempunyai banyak anak sungai. Contohnya, Sungai Gong anak kepada Sungai Sembah sebelum masuk ke Sungai Selangor," kata Haslina Amer pada program bual bicara Pencemaran Air: Siapa Buat Onar? yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Media Selangor malam tadi.

Dalam pada itu, beliau mengakui pencemaran bau antara cabaran terbesar perlu dihadapi ketika ini namun penubuhan Skuad Pantas diyakini mampu memperkukuh pemantauan sekali gus memastikan sumber air terpelihara.

"Dominasi pencemaran sungai adalah berpunca daripada bau kerana ia sangat subjektif malah hidung manusia juga berbeza untuk mengesan bau tersebut," katanya.

Pada 30 Oktober lalu, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM200 juta untuk mengatasi isu pencemaran air mentah melalui pelaksanaan empat projek.

Peruntukan Belanjawan 2021 meliputi projek perintis rawatan biologikal bagi pemuliharaan kualiti air Sungai Gong serta pemantauan dan pengawasan 24 jam melalui skuad Pantas di kawasan sensitif sumber air.

Selain itu, ia bagi menambah bilangan stesen telemteri kualiti air sebagai sistem amaran awal di hulu muka sauk berisiko dan projek pengepaman air mentah kolam takungan Sistem Peningkatan Hibrid Pinggir Sungai (HORAS) 600 di Sungai Selangor serta Sungai Semenyih.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619