AGENDA

Sungai Selangor tercemar: Aktivis gesa siasat unsur sabotaj

13 Nov 2020, 4:10 AM
Sungai Selangor tercemar: Aktivis gesa siasat unsur sabotaj

SHAH ALAM, 13 NOV: Dakwaan unsur sabotaj dalam insiden pencemaran air di Selangor pada Selasa lalu perlu disiasat, kata Tan Sri Lee Lam Thye.

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat berkata perkara itu merupakan kesalahan serius dan tidak boleh dimaafkan jika ia benar berlaku, lapor Berita Harian.

“Ia bukan memberi kesan yang sedikit tetapi menjejaskan rakyat secara besar-besaran, justeru hukuman setimpal harus dijatuhkan terhadap pelaku," katanya.

Lam Thye berkata pihak berkuasa perlu menyiasat secara mendalam hingga ke akar umbi bagi mencari pelaku insiden.

"Harapan tinggi diletakkan agar pelaku kes pencemaran air di Selangor dibawa ke muka pengadilan untuk dikenakan tindakan sewajarnya," katanya.

Selasa lalu, Loji Rawatan Air Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 dihenti tugas akibat pencemaran bau di Sungai Selangor.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengesyaki adanya unsur sabotaj selepas siasatan awal mendapati terdapat bahan buangan di loji rawatan kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) dan kawasan industri Taman Velox Rawang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619