EXCO

Selangor belanja RM400 juta tangani Covid-19

9 Nov 2020, 6:06 AM
Selangor belanja RM400 juta tangani Covid-19

SHAH ALAM, 9 NOV: Selangor membelanjakan RM400 juta bagi menangani penularan pandemik Covid-19, kata Dr Siti Mariah Mahmud.

Menurut EXCO kesihatan, antara langkah awal diambil termasuk melaksanakan saringan komuniti di kawasan zon merah membabitkan kos RM2.96 juta.

"Selain itu, kita turut menyumbangkan pelitup muka kepada pelajar sekolah, jabatan pendidikan, pejabat pendidikan daerah, pusat khidmat masyarakat dan semua penjawat awam dengan RM5.8 juta telah diperuntukkan.

"Tambahan daripada itu, Kerajaan Negeri turut memberi sumbangan kit pembasmi kuman kepada 854 taska berdaftar di Selangor perbelanjaan RM690,000," katanya menjawab soalan wakil rakyat Sementa, Dr. Daroyah Alwi pada sidang Dewan Negeri Selangor.

Tambah Dr Siti Mariah, Selangor turut melaksanakan inisiatif yang tidak dijalankan negeri lain iaitu penjagaan anak petugas barisan hadapan.

"Kita juga membantu rakyat terjejas dengan pemberian geran serta pelbagai inisiatif," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619