AGENDA

Kaji selidik IDE: Lebih 70 peratus rakyat tolak darurat

25 Okt 2020, 1:58 AM
Kaji selidik IDE: Lebih 70 peratus rakyat tolak darurat

SHAH ALAM, 25 OKT: Sebanyak 77.39 peratus rakyat tidak bersetuju dengan pengisytiharan darurat di negara ini yang menjadi spekulasi sejak beberapa hari lalu.

Tinjauan yang dijalankan Institut Darul Ehsan (IDE) semalam menunjukkan mereka yang menolak darurat lebih cenderung memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

"Majoriti yang menyokong pengisytiharan darurat (22.61 peratus) adalah mereka yang turut cenderung menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kekal sebagai perdana menteri.

"Hanya 17.71 peratus memilih untuk pembubaran parlimen dan bersetuju Pilihan Raya Umum diadakan," menurut kenyataan institusi itu di Facebook.

Pungutan pendapat yang dinamakan 'Rakyat Malaysia Bersuara' disertai 51,147 rakyat daripada pelbagai latar belakang yang dijalankan dari jam 4 petang hingga 12 tengah malam tadi.

Antara soalan yang dikemukan adalah adakah mereka bersetuju pengistiharan darurat, apakah pilihan terbaik untuk rakyat sama ada Muhyiddin kekal berkuasa, Anwar dilantik sebagai perdana menteri atau bubar parlimen.

Desas-desus darurat mula diperkatakan apabila Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet pada Jumaat sebelum menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada sebelah petang.

Semalam, Al-Sultan Abdullah dilaporkan akan mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara dalam masa terdekat bagi membincangkan cadangan yang dikemukakan perdana menteri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619