AGENDA

Dr M: Darurat tidak hentikan Covid-19, jejas pasaran ekonomi

24 Okt 2020, 5:58 AM
Dr M: Darurat tidak hentikan Covid-19, jejas pasaran ekonomi

SHAH ALAM, 24 OKT: Pengisytiharan darurat tidak membendung penularan Covid-19 lebih baik berbanding pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Sebaliknya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata langkah itu hanya meruntuhkan ekonomi berikutan pelabur tidak yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Apa yang darurat boleh lakukan untuk menghentikan pandemik berbanding dengan apa yang kita usahakan sekarang. Tiada apa-apa,” katanya menerusi blog hari ini.

Beliau menjelaskan darurat hanya memberi lebih kuasa kepada perdana menteri, bukannya mengatasi masalah politik, ekonomi dan sosial di negara ini.

"Jika darurat diisytihar, maka pasaran akan runtuh sepenuhnya. Para pelabur tidak akan percaya perdana menteri mampu menguruskan ekonomi," katanya.

Malah, Mahathir turut mengingatkan desas-desus mengenai pengisytiharan perintah sedemikian juga boleh mengakibatkan pasaran saham merosot.

Semalam, Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Putrajaya sebelum menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada sebelah petang.

Pertemuan tersebut menimbulkan keresahan orang ramai dan mewujudkan spekulasi mengenai pengisytiharan darurat di negara ini.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menyifatkan alasan penularan Covid-19 digunakan untuk menyekat sidang parlimen berikutan ada ura-ura darurat mahu diisytihar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619