AGENSI

Aplikasi CEPaT 2.0 tawar 25 perkhidmatan baharu

24 Okt 2020, 2:30 AM
Aplikasi CEPaT 2.0 tawar 25 perkhidmatan baharu

SHAH ALAM, 24 OKT: Aplikasi tanpa tunai ‘Citizen E-Payment Platform’ (CEPaT) bakal menyediakan 25 perkhidmatan baharu kepada orang ramai serta 30 kaedah pembayaran dalam talian.

Pengarah urusan Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) berkata aplikasi tersebut dinaik taraf ketika ini dan orang ramai dijangka boleh memuat turun versi 2.0 pada awal Disember.

"Aplikasi CEPaT versi 1.0 menawarkan perkhidmatan agak terhad serta hanya digunakan tiga pihak berkuasa tempatan (PBT) manakala capaian versi 2.0 lebih meluas apabila akan digunakan lapan PBT di Selangor.

"Usaha menambah baik aplikasi seiring sasaran memastikan perkhidmatan berbayar Kerajaan Negeri dibuat dalam platform ini menjelang 2022," kata Dr Fahmi Ngah kepada SelangorKini.

Beliau berkata walaupun bilangan pengguna berdaftar versi 1.0 hanya kira-kira 3,000 namun merekodkan nilai transaksi berjumlah RM450,000 dalam tempoh setahun penggunaannya.

Aplikasi itu yang dilancarkan pada 1 Ogos 2019 menggunakan teknologi awanan berasaskan ‘cloud’ untuk semua perkhidmatan berbayar kerajaan di pelbagai peringkat meliputi khidmat permohonan lesen, kompaun dan cukai taksiran.

CEPat boleh dimuat turun menerusi Playstore bagi pengguna Android dan AppStore bagi IOS.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619