AGENDA

Kerja baik pulih paip pecah selesai kurang 24 jam

16 Okt 2020, 2:54 PM
Kerja baik pulih paip pecah selesai kurang 24 jam

SHAH ALAM, 16 OKT: Kerja pembaikan paip pecah di kawasan pembinaan Worldwide, Seksyen U11 di sini siap sepenuhnya jam 9 malam ini, kurang 24 jam selepas insiden berlaku.

Ketua komunikasi korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata pembaikan yang dibuat sejurus insiden yang dikesan berlaku sebelum jam 12 tengah hari, siap sejam lebih awal dari masa yang dijadualkan.

"Bekalan air mula disalurkan dan pemulihan ke 59 kawasan terjejas adalah secara berperingkat-peringkat mengikut jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan.

"Bekalan air di kawasan terlibat dijangka pulih sepenuhnya pada jam 10 pagi 17 Oktober (esok)," kata Elina Baseri dalam kenyataan.

Hari ini, pengguna di Shah Alam, Klang dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan paip pecah berpunca daripada tambakan tanah di atas paip oleh pihak ketiga menyebabkan tekanan berlebihan di kawasan pembinaan itu.

Terdahulu, Elina berkata kerja pembaikan giat dijalankan dan dijangka siap pada jam 10 malam ini, namun ia siap pada jam 9 malam.

Perkembangan kerja pembaikan akan dimaklum dari semasa ke semasa melalui saluran komunikasi Air Selangor di Facebook, Twitter, Instagram, aplikasi telefon pintar dan laman sesawang www.airselangor.com.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619