AGENSI

PKPB: Jais tetapkan akad nikah hanya di pejabat agama

10 Okt 2020, 7:43 AM
PKPB: Jais tetapkan akad nikah hanya di pejabat agama

SHAH ALAM, 10 OKT: Jabatan Agama Islam (Jais) menetapkan beberapa syarat pelaksanaan akad nikah di daerah Klang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Syarat itu antaranya mewajibkan pasangan yang mendapat kebenaran nikah untuk melaksanakan upacara tersebut di Pejabat Agama Islam Daerah Klang.

"Individu yang dibenarkan hadir ialah pengantin lelaki, pengantin perempuan dan seorang wali sahaja. Jurugambar tidak dibenarkan," menurut jabatan itu di Facebook semalam.

Kelmarin, seramai 118 pasangan pengantin dari kawasan dikenakan PKPB dinikahkan di pejabat agama oleh lima jurunikah.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata majlis perkahwinan di kawasan PKPB masih dibenarkan mengikut tatacara operasi piawai (SOP) tertentu.

Beliau berkata tetamu dari luar kawasan wajib membawa kad jemputan sebagai bukti ketika melalui sekatan jalan raya.

Sebanyak 36 kawasan perumahan di mukim Klang dikenakan PKPB bermula semalam hingga 23 Oktober susulan peningkatan kes Covid-19.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619